Wednesday, October 27, 2010

Jawapan Untuk Peperiksaan PSK Akhir Tahun

Bahagian A:
  1. B
  2. D
  3. A
  4. C
  5. B
  6. C
  7. D
  8. D
  9. D
  10. C
  11. C
  12. C
  13. D
  14. D
  15. C
  16. B
  17. D
  18. D
  19. A
  20. C
  21. C
  22. D
  23. D
  24. D
  25. D
  26. B
  27. D
  28. D
  29. A
  30. A
Bahagian B:
  1. menghormati
  2. dihargai
  3. melukakan
  4. tanggungjawab
  5. pergaulan
  6. kewajipan
  7. mengengan
  8. pandangan

Bahagian C:

Soalan 1:
  1. Mendapatkan nasihat daripada guru kaunseling atau kaunselor
  2. Menghindari prasangka terhadap orang lain
  3. Memupuk sikap toleransi sesama rakan.
  4. Menghargai dan menghormati pendapat orang lain.
  5. Berfikir secara rasional dalam pemikiran, perlakuan dan tindakan.

Soalan 2:
  1. Mencari nafkah untuk keluarga
  2. Menyediakan tempat perlindungan kepada keluarga
  3. Memberi kasih sayang terhadap anggota keluarga
  4. Memberi pendidikan kepada anak-anak
  5. Menjadi teladan kepada anggota keluarga yang lain.
Soalan 3:
  1. Sentiasa menjadi pelajar yang berdisiplin serta menghormati peraturan dan undang-undang.
  2. Menghindari gejala negatif di dalam atau di luar kawasapada peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.
  3. Berusaha memenangi pertandingan pada peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.
  4. Bekerjasama dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah.
  5. Mengamalkan perlakuan yang boleh membanggakan sekolah.
Soalan 4:
  1. Mengetahui dan memahami ada resam kaum lain.
  2. Tidak menghina dan mengejek amalan mereka.
  3. Tidak merendah-rendahkan adat resam dan amalan kaum lain.
  4. Tidak menyekat kebebasan mereka untuk mengamalkan adat resam.
  5. Menunjukkan rasa hormat terhadap adat resam kaum lain.
Saoaln 5:
  1. Mewujudkan kestabilan politik.
  2. Meningkatkan kekuatan ekonomi
  3. Membantu membangunkan negara.
  4. Kesinambungan sosial dalam masyarakat dan negara.
  5. Untuk melahirkan masyarakan yang harmoni dan bersatu padu.

Soalan 6:
  1. Mengitar semula bahan-bahan terpakai
  2. Melakukan aktiviti secara terancang.
  3. Tidak melakukan pembakaran terbuka
  4. Mengawal aktiviti pembalakan.
Pelajar hanya perlu memilih mana-mana 2 jawapan bagi setiap soalan. Jawapan di atas hanya cadangan. Jawapan-jawapan lain yang bernas boleh diterima.

Monday, October 4, 2010

Cara Untuk menyelitkan file PDF dlm Word2007

Syabas Michael Khoo! Saya telah uruskan kerja tersebut. Anda boleh download format pdf yang saya selitkan dalm ms word.


CARA
Di Tab Insert, klik butang Insert Object. Pilih Tab Create From File dan tekan butang Browse. Dalam Dialog Box ini, kamu boleh cari file PDF. Bila sudah dapat pilih fail yang dikehendaki, butang Open secara otomatik bertukar Insert. Dan anda hanya perlu klik Insert seterusnya OK.

Menghantar dalam satu file sahaja mengelakkan kekeliran di pihak penerima.

Harap ini menjadi pengajaran. Terima kasih.

Sunday, October 3, 2010

Saya terkena penyakit campak

Dukacita dimaklumkan bahawa saya terkena dan akan bercuti panjang. Oleh itu saya tidak dapat hadir ke sekolah untuk memeriksa folio-folio anda.

Oleh itu, saya cadangkan:-
1. Hantar folio anda secara email. ATAU
2. Hantar melalui Cikgu Pubalan.

Kesulitan amat dikesali.

Sunday, September 26, 2010

Folio yang dihantar

Sehingga 26.09.2010
  1. Tan Ping Hui - 1Anggerik
  2. DeniseThean Pui Yan - 1 Anggerik
  3. Wong Kah Wai - 1 Anggerik
  4. Arvind Kumar - 1 Semarak
  5. Vani Sri - Semarak
  6. Ahmad Izzudin - 1 Kemboja
27.09.2010
  1. Nurul Shamila - 1 Kemboja
  2. Tan Jia Huey - 1 Kemboja
  3. Siti Nur Suhaiza - 1 Kemboja
  4. Lim Yee Wah - 1 Kemboja
  5. Lim Shou Ching - 1 Kemboja
  6. Norhayati - 1 Kemboja


28.09.2010
  1. Nik Imran - 2 Seroja

04.10.2010
  1. Harchana Nair - 1 Anggerik.


18.10.2010
Pelajar-pelajar dari 1 Kemboja ini telah menghantar folia pada masa saya bercuti sakit:
  1. Muhammad Naufal bin Jamaluddin
  2. Khairilazha bin Asnawi
  3. Ameer Lulfi b Arjuna
  4. Muhamad Izzat Hazimie bin Saadun
  5. S.Sarveenkumar
  6. Nur Alia bt Anuar
  7. Fatin Najihah binti Mahazir
  8. Wan NorĂ¡uni Fadhilatulhuda bt Wan Armansalimi
  9. Nurul Natasha air bt Nadzarudin
  10. Aisya Hamira bt Md Aris
  11. Gayathiri Poothalvan - 1 Anggerik
  12. Emavathi Elanggovan - 1 Anggerik
  13. Canny Wong Shi Jin - 1 Anggerik

20.10.2010
  1. Moganaroobini dundarajoo - 1 Anggerik
  2. Wong Kah Mun - 1 Anggerik
  3. Amira Asfa - 1 Mawar
  4. Nur Shamira bt Zulkefli - 1 Mawar
  5. Syarafina Solehah Bt Salehuddin

22.10.2010
  1. Muhammad Syahir Aziz bin Azizi - 1 Anggerik
  2. Iqbal Syafiq - 1 Anggerik
  3. Khairul Azri bin Khalilil Jasmin - 1 Anggerik
  4. Nurul Ezzuvani Eshail - 1 Kemboja
  5. Muhd Syafiq Yuszaili bin Zulkifli -1 Kemboja
  6. Khalida Binti Noor Rizal Rahim - 1 Kemboja

25.10.2010
  1. Alif Aidil B. Abd Aziz - ?? Nama kelas tidak ditulis [1 Mawar]
  2. Mumammad Ammar b Abd Rashid - ?? Nama kelas tidak ditulisv[1 mawar]
  3. Muhammad Firdaus b. Mohd Rani - 1 Semarak
  4. Nagaketani - 1 Semarak
  5. Nasuhah bt Alias - 1 Semarak [Hanya topik Penghargaan yang ada. Sila hantar folio yang lengkap.]


26.10.2010
  1. Siti Nurul Nabila Bt Ramdan (1 Semarak)
  2. Siti Nur aisyah bt Mat Druso (1 Semarak)
  3. Sitara Devi. B (1 Semarak)
  4. Nurul Ilya bt Ahmad Zaki - 1 Semarak [emel]  
  5. Nur Azlin Syazlin bt Md Zaharuddin - (2 Seroja)

27.10.2010
  1. Lau Wei Shuen (1 Semarak)
  2. Chan Qiu Yu (1 Semarak)
  3. Mong Cheong Fu (1 Semarak)
  4. Nurul Adila bt. Md Isnin ( 1 Semarak)
  5. Ahmad Derafi bin Ismali (1 Semarak)
  6. Nur Madihah bt Tajul Ariffin (1 Semarak)
  7. Muhd Shafiq bin Ahmad margona (1 Semarak)

29.10.2010
  1. Muhd Hafiz bin Effendi (1 Kemboja)
  2. Farid bin Roslan (1 Kemboja)
  3. Nur Insyiraah (1 Anggerik)

01.11.2010
  1. Linitsha janathan - 1 Anggerik
  2. Vinitkumar Nathan - 1 Anggerik (Hasil Kerja Tidak Asli)
  3. Kausellya Subramaniam - 1 Anggerik (Hasil Kerja Tidak Asli)
  4. Hashvinder - 2 Seroja

Tuesday, September 21, 2010

Arveendar Kumar Pelajar Pertama Menhantar Folio Secara Online

Syabas kepada Arveendar Kumar dari 1 Semarak yang bejaya menyiapkan folio dan menghantar melalu emel. Tinjauan keseluruhan menunjukkan komitmen pelajar ini terhadap tugasan yang diberi. Saya sertakan hasil kerjanya untuk panduan pelajar lain. Ini boleh digunakan sebagai rujukan sahaja. Harap jangan salin bulat-bulat. Tugasan yang ditiru hanya diberi markah kosong. Untuk muat-turun sila klik di sini.

Monday, September 20, 2010

Perkembangan Setakat 20 Septermber 2010


2 Pelajar dari 1 Anggerik ini sudah mula buat Folio. Pelajar di kanan sudahpun siap. Tahniah.

Vani Sri dari 1 Semarak bangga dari hasil kajiannya.      
Citara dari 1 Semarak juga hampir siap folionya. Tetapi dia rasa agak malu dan menoleh ke sebelah apabila saya rakamkan gambarnya.


Dan kepada pelajar-pelajar yang sudah mula dengan folio mereka, saya ucapkan tahniah dan harap siapkannya sebelum 25hb.Septermber ini.

Selemat Berjaya

Friday, September 17, 2010

Soalan dari Arveeinda Kumar - 1 Semarak

selamat petang cikgu,
                saya arveeinda kumar a/l ganasan dari kelas 1 semarak. saya ingin bertanya pada cikgu tentang projek sivik. cikgu,bolehkah saya tahu apa yang perlu saya buat pada bahagian 8 (bahan grafik)? perlukah saya selitkan graf? lagi satu soalan cikgu.selepas selesaikan projek ini,saya perlu hantar kerja keseluruhan kepada e-mel cikgu?perlu tak saya print seluruh projek dan hantar pada cikgu?
sekian terima kasih
G. Arveeinda Kumar
1 Semarak

Terima kasih kerana menghubungi saya melalui emel. Anda adalah perlajar pertama yang menghubungi saya. TAHNIAH! 
Soalan 1:
Bahagian 8 iaitu bahan grafik tidak susah. Hanya mencari dan melekat gambar-gambar yang menunjukkan vendalisma. Salah satu gambar sudah ada pada siaran yang saya bagi sebelum cuti. Anda boleh gunting dan lekat gambar itu. Kalau nak tambah lagi, pergi sahaja ke http://www.wargasivik.blogspot.com dan di sana boleh pilih mana-mana gambar yang kamu suka. Saya rasa cukup kalau ada 4 gambar. Kamu akan dapat 2 markah bagi 4 gambar tersebut.

Soalan 2:
Saya sangat suka kalau anda hantar melalui emel sahaja. Kalau nak cetak, buang kertas dan dakwat sahaja. Lagi, nak jilidkan lagi. Jadi, kalau anda pandai hantar emel, hantarkan sahaja dengan cara itu.
Anda juga hantar bahan yang belum siap  untuk saya beri komen. Dengan komen itu, anda boleh perbaiki kerja anda supaya dapat lebih banyak markah.

Harap, ini cukup membantu.

Terima kasih sekali lagi.

Monday, August 30, 2010

30.08.2010

Esok, negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan. Tokoh-tokoh politik berjuang untuk kemerdekaan demi kesejahteraan rakyat. Tetapi, lihatlah bagaimanakah kesejahteraan itu dilayan oleh pelajar-pelajar SEMEKAR.
Papan kenyataan di 1 Kemboja diguris dengan benda yang tajam. Apakah faedah yang mereka perolehi oleh tukang guris ini?



Baru 2 minggu sudut tangga blok F dicat kerana nama guru-guru dicarut oleh pelajar-pelajar. Tetapi, ada pelajar Cina tulis sesuatu yang hanya boleh difahami oleh mereka.
Pelajar perempuan di 2 Dahlia sedang menconteng meja mereka. Apabila ditegur, satu alasan yang remeh diberi. Mereka kata ia diconteng oleh pelajar lain, yakini mereka cuba membela diri mereka,  bukan mereka yang buat.


Apabila saya mengejar pelajar ponteng di blok F, inilah yang saya dapat perhatikan. Pelajar nakal ini perlu tahu bahawa hasil tulisan mereka perlu mengandung unsur ilmu yang boleh disanjung dunia. Tetapi, kata-kata carut **** boys, yang boleh dilihat di sebelah kanan, melambangkan fikiran mereka yang sudah tercemar. Tidak dinafikan bahawa usia remaja ini dipenuhi dengan keinginan kuat dalam aspek seks. Tetapi apabila niat ini boleh dipandang oleh pihak ketiga, yang akan sangat mengaibkan. Satu hari nanti, anda akan sedar aktiviti-aktiviti ini sangat mengejikan. CUBALAH MEMBENTUK PERIBADI DIRI YANG MULIA.


Apakah faedah yang anda perolehi bila, paip ini dapat dibengkokkan? Inilah soalan yang saya ingin tanya kepada pembuatnya. Tetapi sudah pasti pembuatnya memberi jawapan yang tidak sah atau tidak valid.


Ada pelajar nakal menconteng nama saya supaya saya perlu dihukum gantung dan disemadikan. TERIMA KASIH. Daripada mengajar pelajar-pelajar yang begitu teruk perangai seumpama ini, saya lebih rela 'tidur' kekal secara sejahtera. Bukankah kehidupan di dunia ini sementara sahaja? Tetapi pelajar mentah yang tidak tahu hakikat hidup, mencerminkan niat terkutuknya dengan karkator ini. Saya tahu ini dilakukan oleh ............................. Singh dari 2 Seroja. Ia sudah digantung tetapi menceroboh masuk ke sekolah. Tetapi jika saya tuduh ini perbuatannya, dia akan bercakap seperti lawyer buruk. Dia akan tanya, "Adakah kau tengok? ada buktikah? Bukan saya yang buat; Saya tak tahu.
Aduh! apabila mereka tidak tahu Tuhan melihat tindakp-tanduk yang terkutuk ini, beginilah kesan yang terjadi. Bagi diri saya, ini semua hanya layak dibandingkan dengan habuk di bawah tapak kasut saya. Ilmu, kemahiran, kemakmuran, kedamaian yang saya nikmati oleh saya tidak akan ditandingi oleh pembuatnya. Jadi saya tidak peduli langsung berangai mereka ini.


Bolehkah anda perhatikan streroform di notis board di belakang sudah dihakiskan? Ramai pelajar membuat sesuatu tanpa memikirkan apa kesannya.



Ye Tee Choong di 2 Dahlia menjongkitkan kerusinya walaupun sudah dua kali ditegur. Kebanyakan kerusi beransuk rosak kerana pelajar-pelajar bertabiat menjongkitkan kerusi apabila mereka duduk. Bila kerusi dijongkitkan, semua beban badan akan bertumpu pada kaki kerusi yang bertapak pada lantai. Apabila fenomena ini terjadi, struktur dalaman kaki kerusi itu jadi lemah, dan apabila diduduki, anda akan rasa seolah-olah terjatuh. Anda terpaksa mencari kerusi lain yang lebih selesa. Kerusi tadi akan terbiar di salah satu sudut kelas. Apabila pelajar nakal lain yang sangat gatal tangannya mencapai kerusi ini, ia akan berusaha kuat untuk mencabut terus kaki tersebut. Apabila ia dapat mematahkan salah satu kaki kerusi, maka ia akan diusung ke kubur perabut sekolah. Maka tamatlah riwayat kerusi yang disumbangkan oleh kerajaan kamu. Untuk inikah, tokoh politik kita berjuang bagi mencapai kemerdekaan?


Bolehkah anda melihat dawai besi di tangkap ini telah dikopak? Ada pelajar suka mengopak dawai besi dan memecahkan cermin  di sebelah kanan kelas supaya mereka boleh meloncat keluar dan bersembunyi di luar. Ini sangat berbahaya kerana ada kemungkinan mereka boleh jatuh dan patah tangan atau kaki. Andainya ini berlaku, pihak sekolah akan dimarah kerana tidak menjaga keselamatan pelajar.



Friday, August 27, 2010

FOLIO UNTUK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Tajuk:

Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang (SEMEKAR) menghadapi masalah vandalism yang serius. Huraikan definasi vandalism, punca-punca, jenis-jenis, kesan-kesan vandalism. Cadangkan juga cara-cara kita mengatasi masalah vandalism ini.



Pengenalan:

Sebagai satu cara penilaian terhadap pelajar-pelajar tingkatan 1, kajian ini perlu dijalankan oleh pelajar-pelajar di bawah kelolaan saya. Markah ini diserapkan dalam peperiksaan akhir tahun untuk mata-pelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Oleh itu, pelajar-pelajar diharapkan untuk berusaha gigih melengkapkan laporan ini untuk memperolehi markah yang sebaik mungkin. Ia juga akan menyedarkan pelajar-pelajar supaya tidak terlibat dengan gejala vandalism ini.


1. TAJUK: Pada muka pertama folio, pelajar dikehendaki menulis/menaip tajuk yang terdapat di atas muka surat ini.

2. SENARAI KANDUNGAN: Pada muka surat berikut, anda perlu menulis/menaip senarai kandungan folio. Anda boleh menulis/menaip aspek-aspek yang terdapat dalam jadual pemarkahan yang di atas dan menyertakan juga folio.

3. PENGHARGAAN: Anda perlu menyebut nama-nama individu yang membantu kamu dalam penyediaan folio ini.

4. PENDAHULUAN: Mulakan laporan anda tentang latar-belakang tajuk ini. Dalam latar-belakang ini, anda boleh memberi huraian umum tentang masalah vandalism dan vandalism di peringkat sekolah menengah secara khusus.

5. OBJEKTIF KAJIAN: Nyatakan objektif-objektif bagi kajian ini. Salah satu objektif, anda boleh nyatakan bahawa ini adalah untuk memenuhi keperluan peperiksaan akhir tahun 2010. Selain itu, nyatakan tiga objektif bagi folio ini.

6. KAWASAN KAJIAN: Sememangnya kawasan kajian kamu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang. Secara terperinci anda boleh nyatakan blok-blok dan kawasan-kawasan tertentu di dalam kawasan sekolah.

7. KAEDAH KAJIAN: Terdapat beberapa kaedah untuk menjalankan kajian. Di antaranya ialah pemerhatian, temu-ramah, soal-selidik, pengintipan, rujukan dsb. Nyatakan kaedah-kaedah yang kamu gunakan untuk folio ini. Jika anda nyatakan kaedah pengintipan, anda perlu kemukakan bukti pengintipan tersebut. Misalnya gambar-foto yang menunjukkan pelajar-pelajar yang merosakkan harta-benda sekolah.

8. DAPATAN KAJIAN: Tuliskan keperluan seperti yang dinyatakan dari 8.1 hingga 8.6.

9. RUMUSAN: Nyatakan pengalaman yang anda perolehi melalui kajian ini.

10. LAMPIRAN: Anda boleh sertakan contoh borang kaedah kajian, rakaman gambar foto dsb.

11. RUJUKAN: Nyatakan bahan-bahan yang anda gunakan untuk menyiapkan folio ini. Anda boleh nyatakan alamat-alamat URL jika anda melayari laman web untuk tujuan ini.



Laman blog:

Blog saya dengan alamat www.mysemekar.blogspot.com terkandung beberapa gambar foto kesan-kesan vandalism. Anda boleh kemukakan bahan-bahan ini untuk kajian ini. Satu blog baru khusus untuk Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan telah dibuka untuk perbincangan mengenai folio ini. Blog ini berguna kerana jawapan bagi seseorang pelajar akan menyelesaikan masalah pelajar lain juga.

Perabot sekolah rosak kerana tindakan pelajar yang liar. Setiap pelajar perlu ada kesedaran sivik tentang kemudahan yang dihulurkan oleh kerajaan secara percuma. Ratusan ribu ringgit dapat diselamatkan jika perabot-perabot ini diguna dengan baik. Pelajar-pelajar juga suka menjongkitkan kaki kerusi yang mereka duduk. Walaupun kesannya tidak ketara dengan serta-merta, pada jangka masa panjang, kerus-kerusi itu terpaksa dibuang seperti yang anda boleh lihat di atas.

Motor saya disimpah dengan liqud-paper. Nasib baik saya tidak membawa kereta saya ke sekolah. Inilah cara pelajar-pelajar India membalas dendam terhadap guru. Banyak kali juga tiup motor saya dibocorkan dengan cara menekan paku tekan. Tidak hairan ada pihak guru memberi racial remark terhadap pelajar-pelajar India kerana fikiran dan tindakan mereka memang terkutuk.

Tempok pagar yang diconteng memberi gamaran yang menghinakan.

Patung St.Faransis Xaviar ini boleh dilihat di Kota Melaka. Kepala dan tanganya dipecahkan oleh individu yang tidak bertanggung-jawab. Apakah persepsi para pelancong apabila mereka terlihat patung ini?



E-mel:

Saya sangat mengharapkan pelajar-pelajar dapat mengasimilasikan diri dengan perubahan zaman kea rah ICT. Salah satu kaedah komunikasi yang saya harapkan ialah pelajar-pelajar berbincang dengan saya melalui e-mel. Alamat e-mel saya ialah rawangjohnson@yahoo.com. Jika anda rasa komunikasi secara e-mel tidak selamat, anda dinasihatkan untuk berbincang di blog di atas. Jangan sesekali nyatakan alamat e-mel anda di sini, kerana pelajar nakal mungkin menyalah gunakan alamat ini. Dalam komunikasi ini, anda perlu nyatakan nama dan kelas anda agar saya boleh pertimbangkan markah bonus bagi hasil kerja kamu. Satu lagi perkara ialah, saya juga amat menggalakkan pelajar untuk menghatar folio lengkap ke alamat di atas. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan kos kertas dan dakwat. Tindakan ini juga memberi sumbangan ke arah persekitaran hijau iaitu, menyelamatkan pokok-pokok semula jadi daripada dibalak.



Tarikh Tamat: 25hb September 2010



Penutup:

Pastikan anda menyertakan Borang Penilaian Folio yang terdapat pada muka surat pertama ini. Saya mengakhiri dengan doa agar pelajar-pelajar dapat menggunakan kesempatan ini untuk mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan.



Sekian, terima kasih.



V.B. JOHNSON VICTOR


Bayangkan berapa ribu ringgit dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyediakan kemudahan ini. Kenapa perlu pagar ini ditebangkan? Pelajar menjadi hilang akal sehingga boleh merosakkan pagar ini.