Tuesday, January 11, 2011

SELAMAT DATANG!

Saya mengalu-alukan pelajar-pelajar Tingkatan Dua untuk kelas PSK saya. Sebagai pelajar di era informasi ini, anda perlu menganjakkan diri dari cara pembelajaran tradiosanal ke kaedah pembelajaran on-line. Sebagai langkah pertama, saya menghendaki pelajar-pelajar menulis komen di bawah posting ini. Tulis beberapa baris untuk memperkenalkan diri anda. Jangan sesekali memasukkan alamat emel dan no. telefon anda (Mendedahkan maklumat ini adalah merbahaya!!!!!)

Bersama ini juga saya sertakan senarai pembentangan & nota-nota untuk rujukan dan tindakan pelajar-pelajar. Pelajar perlu bergilir-gilir menghadap rakan-rakan lain untuk pembentangan. Markah pembentangan ini akan diambil kira untuk Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun 2011. Nota-nota pembentangan boleh disediakan dalam persembahan Power Point dan emelkan kepada rawangjohnson@yahoo.com. Namun, sekiranya makmal komputer tidak dapat digunakan, pelajar-pelajar harus memberi nota dalam kertas mahjong, papan tulis atau salinan fotosted. Kecuaian pelajar yang membantutkan proses pembelajaran dalam kelas akan dipenaltikan juga dalam peperiksaan dalaman sekolah.

Jadual Matrik Utk Pelajar
Untuk memudahkan pengurusan proses pembelajaran, jadual nama yang dimatrikkan telah diwujudkan. Pelajar saya perlu menyatakan Nama Ringkas dan No.Matrik ini untuk semua urusan termasuk dalam buku nota, buku latihan, borang-borang, & kertas-kertas peperiksaan.

Jadual Pengagihan Tugas PSK
Pelajar-pelajar perlu tampil di depan pelajar untuk membuat pembentangan. Ini adalah selaras dengan kehendak dasar pendidikan semasa untuk menjalankan P&P berorientasikan pelajar. Namun guru tetap memainkan peranan sebagai facilitator. Dengan kaedah ini juga disiplin kelas dapat dikawal kerana guru dapat bergerak bebas dalam kelas untuk memerhatikan pelajar-pelajar nakal yang biasanya duduk di belakang.

Jadual Pengagihan Tugas ICTL
Pelajar-pelajar perlu tampil di depan pelajar untuk membuat pembentangan. Ini adalah selaras dengan kehendak dasar pendidikan semasa untuk menjalankan P&P berorientasikan pelajar. Namun guru tetap memainkan peranan sebagai facilitator. Dengan kaedah ini juga disiplin kelas dapat dikawal kerana guru dapat bergerak bebas dalam kelas untuk memerhatikan pelajar-pelajar nakal yang biasanya duduk di belakang.

Senarai Nama Pelajar yang Dipertanggunjawabkan kepada Saya untuk PSK & ICTL
Ini adalah untuk kegunaan saya dan lain-lain guru. Sangat malang kerana sekolah kita masih tidak dapat menyediakan Senarai Nama Pelajar yang boleh diakses dengan cepat oleh semua orang guru untuk kegunaan-kegunaan tertentu. Semasa saya berkhidmat di SMK Jinjang, pentadbiran sekolah tersebut ada menyediakan Slip Senarai Nama dan ia disusun dalam Pigen Hole di pejabat. Kaedah ini sangat berguna kepada warga guru untuk apa-apa jua pentadbiran yang melibatkan pelajar. Saya kini mengusahakan sistem tersebut untuk kegunaan SEMEKAR. Malangnya respons yang diterima dari guru-guru dan penyelaras tingkatan tidak merangsangkan. Harap pautan di atas dijadikan panduan oleh guru-guru dan penyelaras tingkatan.

Nota PSK Tingkatan 2
Pelajar-pelajar boleh menggunakan nota-nota ini untuk pembentangan. Namun, bagi yang ada inisiatif, mereka boleh mengolah atau menambah isi-isi supaya lebih kreatif. SUDAH PASTI ada markah tambahan jika pelajar menunjukkan kreatif masing-masin.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN:
http://www.ziddu.com/download/13852966/hsp_psk_tkt_1.doc.html
http://www.ziddu.com/download/13852969/hsp_psk_tkt_2.doc.html
http://www.ziddu.com/download/13852968/hsp_psk_tkt_3.doc.html
http://www.ziddu.com/download/13852970/hsp_psk_tkt_4.doc.html
http://www.ziddu.com/download/13852967/hsp_psk_tkt_5.doc.html



Muat turun dari Ziddu:
http://www.ziddu.com/download/13358131/RANCANGANPELAJARANHARIANcomplete.docx.html
http://www.ziddu.com/download/13358132/MatrikList.xlsx.html
http://www.ziddu.com/download/13358133/NameList2011.xlsx.html
http://www.ziddu.com/download/13358134/PengagihanTugasICTL.xlsx.html
http://www.ziddu.com/download/13358135/PengagihanTugasPembentangan.xlsx.html



Seandainya saya tidak dapat hadir ke sekolah pada hari PSK dijadualkan, proses pembelajaran masih perlu dijalankan juga. Ini akan membantu kamu dalam aspek-aspek berdikari, semangat bermasyarakat, dan proses pembelajaran yang kondusif.



Sekian, 'Selamat Maju Jaya'