Friday, August 27, 2010

FOLIO UNTUK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Tajuk:

Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang (SEMEKAR) menghadapi masalah vandalism yang serius. Huraikan definasi vandalism, punca-punca, jenis-jenis, kesan-kesan vandalism. Cadangkan juga cara-cara kita mengatasi masalah vandalism ini.



Pengenalan:

Sebagai satu cara penilaian terhadap pelajar-pelajar tingkatan 1, kajian ini perlu dijalankan oleh pelajar-pelajar di bawah kelolaan saya. Markah ini diserapkan dalam peperiksaan akhir tahun untuk mata-pelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Oleh itu, pelajar-pelajar diharapkan untuk berusaha gigih melengkapkan laporan ini untuk memperolehi markah yang sebaik mungkin. Ia juga akan menyedarkan pelajar-pelajar supaya tidak terlibat dengan gejala vandalism ini.


1. TAJUK: Pada muka pertama folio, pelajar dikehendaki menulis/menaip tajuk yang terdapat di atas muka surat ini.

2. SENARAI KANDUNGAN: Pada muka surat berikut, anda perlu menulis/menaip senarai kandungan folio. Anda boleh menulis/menaip aspek-aspek yang terdapat dalam jadual pemarkahan yang di atas dan menyertakan juga folio.

3. PENGHARGAAN: Anda perlu menyebut nama-nama individu yang membantu kamu dalam penyediaan folio ini.

4. PENDAHULUAN: Mulakan laporan anda tentang latar-belakang tajuk ini. Dalam latar-belakang ini, anda boleh memberi huraian umum tentang masalah vandalism dan vandalism di peringkat sekolah menengah secara khusus.

5. OBJEKTIF KAJIAN: Nyatakan objektif-objektif bagi kajian ini. Salah satu objektif, anda boleh nyatakan bahawa ini adalah untuk memenuhi keperluan peperiksaan akhir tahun 2010. Selain itu, nyatakan tiga objektif bagi folio ini.

6. KAWASAN KAJIAN: Sememangnya kawasan kajian kamu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang. Secara terperinci anda boleh nyatakan blok-blok dan kawasan-kawasan tertentu di dalam kawasan sekolah.

7. KAEDAH KAJIAN: Terdapat beberapa kaedah untuk menjalankan kajian. Di antaranya ialah pemerhatian, temu-ramah, soal-selidik, pengintipan, rujukan dsb. Nyatakan kaedah-kaedah yang kamu gunakan untuk folio ini. Jika anda nyatakan kaedah pengintipan, anda perlu kemukakan bukti pengintipan tersebut. Misalnya gambar-foto yang menunjukkan pelajar-pelajar yang merosakkan harta-benda sekolah.

8. DAPATAN KAJIAN: Tuliskan keperluan seperti yang dinyatakan dari 8.1 hingga 8.6.

9. RUMUSAN: Nyatakan pengalaman yang anda perolehi melalui kajian ini.

10. LAMPIRAN: Anda boleh sertakan contoh borang kaedah kajian, rakaman gambar foto dsb.

11. RUJUKAN: Nyatakan bahan-bahan yang anda gunakan untuk menyiapkan folio ini. Anda boleh nyatakan alamat-alamat URL jika anda melayari laman web untuk tujuan ini.



Laman blog:

Blog saya dengan alamat www.mysemekar.blogspot.com terkandung beberapa gambar foto kesan-kesan vandalism. Anda boleh kemukakan bahan-bahan ini untuk kajian ini. Satu blog baru khusus untuk Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan telah dibuka untuk perbincangan mengenai folio ini. Blog ini berguna kerana jawapan bagi seseorang pelajar akan menyelesaikan masalah pelajar lain juga.

Perabot sekolah rosak kerana tindakan pelajar yang liar. Setiap pelajar perlu ada kesedaran sivik tentang kemudahan yang dihulurkan oleh kerajaan secara percuma. Ratusan ribu ringgit dapat diselamatkan jika perabot-perabot ini diguna dengan baik. Pelajar-pelajar juga suka menjongkitkan kaki kerusi yang mereka duduk. Walaupun kesannya tidak ketara dengan serta-merta, pada jangka masa panjang, kerus-kerusi itu terpaksa dibuang seperti yang anda boleh lihat di atas.

Motor saya disimpah dengan liqud-paper. Nasib baik saya tidak membawa kereta saya ke sekolah. Inilah cara pelajar-pelajar India membalas dendam terhadap guru. Banyak kali juga tiup motor saya dibocorkan dengan cara menekan paku tekan. Tidak hairan ada pihak guru memberi racial remark terhadap pelajar-pelajar India kerana fikiran dan tindakan mereka memang terkutuk.

Tempok pagar yang diconteng memberi gamaran yang menghinakan.

Patung St.Faransis Xaviar ini boleh dilihat di Kota Melaka. Kepala dan tanganya dipecahkan oleh individu yang tidak bertanggung-jawab. Apakah persepsi para pelancong apabila mereka terlihat patung ini?



E-mel:

Saya sangat mengharapkan pelajar-pelajar dapat mengasimilasikan diri dengan perubahan zaman kea rah ICT. Salah satu kaedah komunikasi yang saya harapkan ialah pelajar-pelajar berbincang dengan saya melalui e-mel. Alamat e-mel saya ialah rawangjohnson@yahoo.com. Jika anda rasa komunikasi secara e-mel tidak selamat, anda dinasihatkan untuk berbincang di blog di atas. Jangan sesekali nyatakan alamat e-mel anda di sini, kerana pelajar nakal mungkin menyalah gunakan alamat ini. Dalam komunikasi ini, anda perlu nyatakan nama dan kelas anda agar saya boleh pertimbangkan markah bonus bagi hasil kerja kamu. Satu lagi perkara ialah, saya juga amat menggalakkan pelajar untuk menghatar folio lengkap ke alamat di atas. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan kos kertas dan dakwat. Tindakan ini juga memberi sumbangan ke arah persekitaran hijau iaitu, menyelamatkan pokok-pokok semula jadi daripada dibalak.



Tarikh Tamat: 25hb September 2010



Penutup:

Pastikan anda menyertakan Borang Penilaian Folio yang terdapat pada muka surat pertama ini. Saya mengakhiri dengan doa agar pelajar-pelajar dapat menggunakan kesempatan ini untuk mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan.



Sekian, terima kasih.



V.B. JOHNSON VICTOR


Bayangkan berapa ribu ringgit dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyediakan kemudahan ini. Kenapa perlu pagar ini ditebangkan? Pelajar menjadi hilang akal sehingga boleh merosakkan pagar ini.

3 comments:

  1. Masalah-masalah vandalism semakin hari semakin serius di SMK Rawang. Kita mesti menfikirkan cara-cara untuk mengatasi masalah-masalah tersebut supaya mengelakkan banyak lagi pelajar terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak baik. Selain itu, pelajar-pelajar SMK Rawang sangat suka merosakkan harta-benda sekolah dan pelajar lain atau pelajar sesi lain seperti meja, dan kerusi yang diberi oleh sekolah kepada pelajar, mereka pula pergi merosakkannya. Lebih-lebih lagi, buku "Teknik Memulihkan Komputer" saya yang saya lupa bawa balik rumah, pelajar pagi ( 3 Mawar ) membaling buku saya dari depan ke belakang. Di samping itu, pelajar perempuan Islam ( 3 Mawar ) juga amat saya marahi, mereka sepak benda yang menyarak dua kelas. Saya tidak lagi mempunyai toleransi terhadap pelajar Islam itu dan pelajar lain yang nakal sekali. Lain kali, saya akan beritahu terus bagi guru disiplin / guru lain tentang hal ini jika berlaku lagi. Saya harap pelajar SMK Rawang dapat memberikan kerjasama supaya memulihkan nama sekolah SMK Rawang ( SEMEKAR ). ^_^

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana menulis komen.
    Saya nasihatkan supaya tidak menamakan seseorang yang bersalah dengan latar-belakang kaum dan agama. Ini tidak sihat bagi warga Malaysia. Lebih-lebih lagi PM menggagaskan konsep 1Malaysia.

    Cuba ikut contoh seperti ini:
    "Seorang pelajar perempuan dari kelas 3 Mawar"

    ReplyDelete
  3. masalah vandalisme memang merupakan suatu gejala yang memerlukan penyelesaian dengan segera.masalah ini semakin hari semakin meningkat di SEMEKAR.masalah ini dapat diselesaikan dengan baik jika setiap pelajar mempunyai tanggungjawab terhadap harta sekolah.sebagai contoh,sekiranya pelajar-pelajar menjaga harta kelas mereka sendiri,masalah ini dapat dibendung.hal ini adalah kerana para pelajar tidak sayang pada harta kelas-kelas mereka sendiri.mereka sengaja menconteng meja bagi menunjukkan rasa marah atau perangai malas mereka

    ReplyDelete