Monday, August 30, 2010

30.08.2010

Esok, negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan. Tokoh-tokoh politik berjuang untuk kemerdekaan demi kesejahteraan rakyat. Tetapi, lihatlah bagaimanakah kesejahteraan itu dilayan oleh pelajar-pelajar SEMEKAR.
Papan kenyataan di 1 Kemboja diguris dengan benda yang tajam. Apakah faedah yang mereka perolehi oleh tukang guris ini?



Baru 2 minggu sudut tangga blok F dicat kerana nama guru-guru dicarut oleh pelajar-pelajar. Tetapi, ada pelajar Cina tulis sesuatu yang hanya boleh difahami oleh mereka.
Pelajar perempuan di 2 Dahlia sedang menconteng meja mereka. Apabila ditegur, satu alasan yang remeh diberi. Mereka kata ia diconteng oleh pelajar lain, yakini mereka cuba membela diri mereka,  bukan mereka yang buat.


Apabila saya mengejar pelajar ponteng di blok F, inilah yang saya dapat perhatikan. Pelajar nakal ini perlu tahu bahawa hasil tulisan mereka perlu mengandung unsur ilmu yang boleh disanjung dunia. Tetapi, kata-kata carut **** boys, yang boleh dilihat di sebelah kanan, melambangkan fikiran mereka yang sudah tercemar. Tidak dinafikan bahawa usia remaja ini dipenuhi dengan keinginan kuat dalam aspek seks. Tetapi apabila niat ini boleh dipandang oleh pihak ketiga, yang akan sangat mengaibkan. Satu hari nanti, anda akan sedar aktiviti-aktiviti ini sangat mengejikan. CUBALAH MEMBENTUK PERIBADI DIRI YANG MULIA.


Apakah faedah yang anda perolehi bila, paip ini dapat dibengkokkan? Inilah soalan yang saya ingin tanya kepada pembuatnya. Tetapi sudah pasti pembuatnya memberi jawapan yang tidak sah atau tidak valid.


Ada pelajar nakal menconteng nama saya supaya saya perlu dihukum gantung dan disemadikan. TERIMA KASIH. Daripada mengajar pelajar-pelajar yang begitu teruk perangai seumpama ini, saya lebih rela 'tidur' kekal secara sejahtera. Bukankah kehidupan di dunia ini sementara sahaja? Tetapi pelajar mentah yang tidak tahu hakikat hidup, mencerminkan niat terkutuknya dengan karkator ini. Saya tahu ini dilakukan oleh ............................. Singh dari 2 Seroja. Ia sudah digantung tetapi menceroboh masuk ke sekolah. Tetapi jika saya tuduh ini perbuatannya, dia akan bercakap seperti lawyer buruk. Dia akan tanya, "Adakah kau tengok? ada buktikah? Bukan saya yang buat; Saya tak tahu.
Aduh! apabila mereka tidak tahu Tuhan melihat tindakp-tanduk yang terkutuk ini, beginilah kesan yang terjadi. Bagi diri saya, ini semua hanya layak dibandingkan dengan habuk di bawah tapak kasut saya. Ilmu, kemahiran, kemakmuran, kedamaian yang saya nikmati oleh saya tidak akan ditandingi oleh pembuatnya. Jadi saya tidak peduli langsung berangai mereka ini.


Bolehkah anda perhatikan streroform di notis board di belakang sudah dihakiskan? Ramai pelajar membuat sesuatu tanpa memikirkan apa kesannya.



Ye Tee Choong di 2 Dahlia menjongkitkan kerusinya walaupun sudah dua kali ditegur. Kebanyakan kerusi beransuk rosak kerana pelajar-pelajar bertabiat menjongkitkan kerusi apabila mereka duduk. Bila kerusi dijongkitkan, semua beban badan akan bertumpu pada kaki kerusi yang bertapak pada lantai. Apabila fenomena ini terjadi, struktur dalaman kaki kerusi itu jadi lemah, dan apabila diduduki, anda akan rasa seolah-olah terjatuh. Anda terpaksa mencari kerusi lain yang lebih selesa. Kerusi tadi akan terbiar di salah satu sudut kelas. Apabila pelajar nakal lain yang sangat gatal tangannya mencapai kerusi ini, ia akan berusaha kuat untuk mencabut terus kaki tersebut. Apabila ia dapat mematahkan salah satu kaki kerusi, maka ia akan diusung ke kubur perabut sekolah. Maka tamatlah riwayat kerusi yang disumbangkan oleh kerajaan kamu. Untuk inikah, tokoh politik kita berjuang bagi mencapai kemerdekaan?


Bolehkah anda melihat dawai besi di tangkap ini telah dikopak? Ada pelajar suka mengopak dawai besi dan memecahkan cermin  di sebelah kanan kelas supaya mereka boleh meloncat keluar dan bersembunyi di luar. Ini sangat berbahaya kerana ada kemungkinan mereka boleh jatuh dan patah tangan atau kaki. Andainya ini berlaku, pihak sekolah akan dimarah kerana tidak menjaga keselamatan pelajar.



No comments:

Post a Comment