Friday, September 17, 2010

Soalan dari Arveeinda Kumar - 1 Semarak

selamat petang cikgu,
                saya arveeinda kumar a/l ganasan dari kelas 1 semarak. saya ingin bertanya pada cikgu tentang projek sivik. cikgu,bolehkah saya tahu apa yang perlu saya buat pada bahagian 8 (bahan grafik)? perlukah saya selitkan graf? lagi satu soalan cikgu.selepas selesaikan projek ini,saya perlu hantar kerja keseluruhan kepada e-mel cikgu?perlu tak saya print seluruh projek dan hantar pada cikgu?
sekian terima kasih
G. Arveeinda Kumar
1 Semarak

Terima kasih kerana menghubungi saya melalui emel. Anda adalah perlajar pertama yang menghubungi saya. TAHNIAH! 
Soalan 1:
Bahagian 8 iaitu bahan grafik tidak susah. Hanya mencari dan melekat gambar-gambar yang menunjukkan vendalisma. Salah satu gambar sudah ada pada siaran yang saya bagi sebelum cuti. Anda boleh gunting dan lekat gambar itu. Kalau nak tambah lagi, pergi sahaja ke http://www.wargasivik.blogspot.com dan di sana boleh pilih mana-mana gambar yang kamu suka. Saya rasa cukup kalau ada 4 gambar. Kamu akan dapat 2 markah bagi 4 gambar tersebut.

Soalan 2:
Saya sangat suka kalau anda hantar melalui emel sahaja. Kalau nak cetak, buang kertas dan dakwat sahaja. Lagi, nak jilidkan lagi. Jadi, kalau anda pandai hantar emel, hantarkan sahaja dengan cara itu.
Anda juga hantar bahan yang belum siap  untuk saya beri komen. Dengan komen itu, anda boleh perbaiki kerja anda supaya dapat lebih banyak markah.

Harap, ini cukup membantu.

Terima kasih sekali lagi.

No comments:

Post a Comment